Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri Kewangan Jerman Mahu ECB Mengubah Polisi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri Kewangan Jerman Mahu ECB Mengubah Polisi

Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble berkata pada Selasa bahawa ECB perlu mengubah polisi monetari semasa “mengikut masa yang sepatutnya”, dan memberi amaran kadar faedah rendah akan menyebabkan masalah di beberapa negara di dunia.

Jerman akan berhadapan dengan pilihanraya persekutuan dan pelabur mengadu dengan kadar faedah yang rendah ini, kata Schaeuble yang memberi tekanan kepada ECB untuk mengurangkan pembelian bon dan juga pelonggaran kadar faedah.

Komen Schaeuble ini mungkin melihat kepada keputusan ECB minggu lalu di mana bank pusat mengurangkan panduan untuk memotong lebih banyak kadar dan menunjukkan ekonomi akan mengukuh tetapi inflasi kekal lemah beberapa tahun lagi.

Bercakap di Berlin, Schaeuble berkata: Kita perlu keluar dari polisi monetari semasa “mengikut masa yang sepatutnya”.

Tambahnya, Federal Reserve telah memulakan proses pengetatan polisi dan ECB baru-baru ini dalam komunikasinya seperti mahu menuju ke arah yang sama dalam jangka masa sederhana.

Schaeuble turut menafikan laporan media bahawa kerajaan Jerman melobi Jens Weidmann Gabenor bank pusat  Jerman untuk menggantikan Mario Draghi sebagai Presiden ECB.

“ECB berhadapan tugas sukar untuk mengimplementasikan polisi monetari yang sesuai kepada ahli Zon Eropah dan saya tidak pernah mengkritik ECB secara langsung.”

-Reuters

The post Menteri Kewangan Jerman Mahu ECB Mengubah Polisi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2so1IBO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.