Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak bagi kurma free pun kena halang, dihembur kata kesat siap hayun tangan kena muka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak bagi kurma free pun kena halang, dihembur kata kesat siap hayun tangan kena muka

Kepimpinan DAP sekali lagi dihalang oleh petugas bazar Ramadan di bandar Kluang untuk meneruskan pengedaran kurma kepada pengunjung bazar itu di bahagian gerai yang menjual pakaian, petang kelmarin.

Kesal dihalang edar kurma di Bazar Ramadan Kluang

Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong berkata, beliau bersama Adun Mengkibol, Tan Hong Pin serta Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kluang, Radzali Mohd Noor serta beberapa wakil parti Pakatan Harapan memasuki kawasan bazar itu yang terletak di Jalan Manggis.

Menurutnya, ia sebagai menjayakan satu program iaitu mengedarkan kurma percuma kepada masyarakat Kluang bagi pihak Pakatan Harapan bersempena kedatangan bulan Ramadan.

“Insiden berlaku kira-kira jam 6.45 petang apabila kami tiba di sempadan bazar untuk bahagian basah dan kering yang mana kami telah dihalang memasuki bazar kering yang mana bahagian yang menjual pakaian oleh sekumpulan lelaki.

“Mereka telah menarik tiga buah meja yang kami jangka bertujuan untuk menghalang kami memasuki kawasan bazar kering dan berlaku pergelutan antara kami.

“Mereka juga turut bertindak memaki hamun kami dengan bahasa kesat dan nada suara yang tinggi selain mengasari tangan ke salah seorang petugas kami, namun hayunan tangannya mengenai muka saya menyebabkan cermin mata saya pula yang tercampak ke atas jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ching Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, bagaimanapun edaran kurma di bahagian gerai yang menjual makanan dan kuih-muih yang dilakukan berjalan dengan penuh cukup rukun, muhibah serta penuh semangat silaturahim.

“Salah seorang daripada mereka yang menghalang kami dapat saya kenalpasti sebagai individu yang sama pernah menghalang kami memasuki bazar tersebut pada dua tahun lalu atau lebih dikenali insiden mana surat.

“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku dan hal ini amat mendukacitakan kerana bulan Ramadan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” katanya.

Berikutan insiden itu, beliau bersama pembantu khasnya, Sheikh Umar Bagharib Ali serta Radzali membuat laporan polis di Balai Polis Kluang.

Sumber: Sinar Harian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjsneb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.