Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Nasib baiklah mama tak tahu” – Ramona Zamzam akui puas dapat daki bukit bersama suami walau hamil 3 bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Nasib baiklah mama tak tahu” – Ramona Zamzam akui puas dapat daki bukit bersama suami walau hamil 3 bulan

Pelakon, Ramona Zamzam akui puas hati berjaya melakukan aktiviti mendaki bukit bersama suaminya walaupun sedang hamil tiga bulan.
 

"Nasib baiklah mama tak tahu" - Ramona Zamzam akui puas dapat daki bukit bersama suami walau hamil 3 bulan

“Nasib baiklah mama tak tahu” – Ramona Zamzam akui puas dapat daki bukit bersama suami walau hamil 3 bulan

Ramona berkata, aktiviti itu dilakukan tanpa pengetahuan ibunya ketika melancong bersama suami, Rami Alashkar bertempat di Padar Island, Indonesia baru-baru.
 
“Saya dan suami memang sukakan aktiviti lasak, jadi saya ambil keputusan untuk ‘hiking’ bersama suami.
 
“Saya tahu dengan keadaan hamil tiga bulan sepatutnya tidak digalakkan untuk mendaki gunung tapi nak buat macam mana, rasa seronok pula.
 
“Suami pula banyak berikan sokongan dan bila dia dah kata begitu, saya pun rasa makin bersemangatlah.
 
“Bukit itu tidaklah tinggi mana, ibarat separuh daripada bukit Broga, tapi terus terang saya katakan stamina memang kurang walaupun kami mendaki secara perlahan-lahan.
 
“Mujurlah saya sembunyikan perkara itu daripada pengetahuan mama. Kalau mama tahu, mahu dia menjerit,” katanya.
 
Ramona ditemui ketika majlis sidang media program Syawal TV3 & TV9 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur semalam.
 
Dalam perkembangan terbaru, Ramona akan muncul dalam program Perang Bibir Raya tidak lama lagi.
 
Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Astro Gempak

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8mYvq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.