Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ni baru namanya raya sedondon, kau ada? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ni baru namanya raya sedondon, kau ada?

Sekeping gambar milik enam sekeluarga mencuri tumpuan netizen dengan gaya baju yang sedondon dan unik.

Ni baru namanya raya sedondon, kau ada?

Ni baru namanya raya sedondon, kau ada?

Gambar yang dikongsikan Hishan Gani itu mula tular dan dikongsikan oleh beberapa laman Facebook popular.

Gambar tersebut dimuat naik pada petang Ahad menunjukkan sebuah keluarga memakai persalinan baju Melayu dan kurung moden berwarna merah jambu dan bercorak hijau muda.

Rekaan kreatif itu mendapat pujian netizen kerana gaya tersebut disifatkan lain daripada yang lain.

 

Hishan menulis di Facebook dengan kapsyen: “Wahh ‘tokey’ kuda…pink kaler (warna) hawow…kakaka.”

Pada gambar tersebut, Hishan telah menanda (tag) Dallilah Abu Noor, Ayue Laila dan Emam Sapekri yang merupakan individu yang bergaya dalam gambar berkenaan.

Kata Hishan, mereka merupakan saudaranya dan gambar itu dirakam ketika sanak saudara mengadakan penggambaran (outdoor photoshoot) sempena lebaran tahun ini.

“Kami semua beraya di Melaka tahun ini dan gambar tersebut diambil di Klebang kerana mahu berlatarbelakangkan sawah padi.

“Memang setiap tahun mereka akan berpakaian sedondon, cuma kali ini lebih ‘letop’,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Kata Hishan, dia memanggil saudaranya itu ‘tokey’ kuda kerana mereka menjalankan perniagaan perkhidmatan menaiki kuda secara santai di Pantai Klebang.

Sementara itu, seorang pemilik Facebook, Ant Zameer Al Malizi berkata: “Benar kata orang cantik itu subjektif. Bergantung kepada perspektif setiap individu.”

Manakala seorang lagi pengguna, Afif Faiz bertanya di manakah mereka menghantar pakaian tersebut untuk dijahit kerana rekaannya yang unik.

“Bang, hantar tailor (tukang jahit) mana tu bang? Mesti pecah kepala tailor nak buat sketch (lakaran) untuk baju tu,” tulisnya di ruang komen.

Sumber: Mstar



Sumber Ni baru namanya raya sedondon, kau ada?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGmyLV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.