Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pemandu Uber dan suami wanita Vietnam direman 4 hari” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pemandu Uber dan suami wanita Vietnam direman 4 hari”

PULAU PINANG – Pemandu Uber dan suami kepada wanita Vietnam yang mendakwa dicabul lelaki itu ditahan polis bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu Uber berusia 29 tahun terbabit mencabul penumpangnya, warga Vietnam, Selasa lalu.

Menurutnya, suspek kemudian menghubungi mangsa pada malam kejadian membuatkan wanita itu bimbang lalu menceritakan kejadian itu kepada suaminya.

“Suaminya kemudian meminta mangsa menghubungi pemandu Uber terbabit, kononnya mahu menggunakan khidmat Uber. Namun sebaik saja tiba, lelaki itu dipukul suami mangsa dan beberapa rakannya yang lain,” katanya.

Suami wanita Vietnam itu ditahan kerana merusuh dan kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini.

Polis kini sedang mengesan beberapa lagi rakan kepada suami wanita terbabit untuk membantu siasatan kerana memukul pemandu Uber terbabit.

sumber: TheReporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXGDKO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.