Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Xperia Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Sistem Imbasan Wajah 3 Dimensi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Xperia Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Sistem Imbasan Wajah 3 Dimensi

Sistem imbasan biometrik dipercayai dapat memastikan kandungan peranti hanya boleh diakses oleh pemilik. Tetapi terdapat penggodam yang mencari teknik memintas sistem biometrik sedia ada. Contohnya sistem imbasan anak mata Samsung berjaya dipintas menggunakan kanta lekap dan kamera infra merah. Di masa hadapan sistem imbasan wajah 3D yang lebih sukar dipintas akan digunakan.

Sony akan memperlihatkan sistem imbasan wajah 3 Dimensi di MWC Shanghai minggu ini. Modul pengimbas dihasilkan oleh SoftKinect yang merupakan anak syarikat Sony dengan perisian dibangunkan oleh KeyLemon. Imbasan kepala pengguna akan disimpan bagi tujuan menyahkunci peranti.

Ini akan menghalang gambar dua dimensi dari digunakan untuk memintas sistem keselamatan. Memintas menggunakan cetakan 3D kepala pengguna juga tidak boleh menipu sistem ini kerana ia mengesan haba wajah melalui kamera infra merah.

Sistem imbasan ini masih lagi diperingkat percubaan. Memandangkan ia dihasilkan oleh anak syarikat Sony, tidak mengejutkan sekiranya ia digunakan pada peranti Xperia di masa hadapan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tj5Uml

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.