Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perisian Hasad “Fireball” Menyerang Lebih 250 Juta Komputer Windows Dan Mac Seluruh Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perisian Hasad “Fireball” Menyerang Lebih 250 Juta Komputer Windows Dan Mac Seluruh Dunia

Perkembangan komputer dan internet turut membuatkan lebih ramai pengodam dan sejumlah syarikat mengambil peluang untuk menyerang kelemahan sekuriti dan sebagainya. Selepas ransomware WannaCry tempoh hari, kini perisian hasad (malware) yang dinamakan Fireball dilihat menyerang lebih 250 juta komputer seluruh dunia.

Ditemui oleh pengkaji sekuriti di Check Point, perisian hasad ini menyerang bukan sahaja komputer berasaskan sistem operasi Windows, tetapi juga Mac OS. Perisian hasad ini hadir dalam bentuk adware dan dikaitkan dengan sebuah syarikat dari China, iaitu Rafotech yang terlibat dalam pemasaran digital.

Buat masa ini, Fireball hanya digunakan untuk tujuan menjana pendapatan, dimana mereka memasukkan iklan pada pelayar web pengguna, dan memperlihatkan iklan ketika pengguna melayari internet dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dengan lebih 250 juta yang hadir dengan perisian hasad ini, tidak mustahil ia digunakan untuk tujuan yang lebih membahayakan dalam arena sekuriti siber.

Seperti kebiasaan, adware ini hadir terbina bersama pelbagai perisian percuma yang dimuat-turun dan dipasang daripada internet. Sebaik sahaja terpasang, selain memperlihatkan iklan, ia juga turut mengubah laman utama pelayar web anda kepada enjin carian lain.

Perisian hasad Fireball ini juga turut mengumpulkan sejumlah maklumat pengguna.

Bagi anda yang ingin menyemak sama ada komputer anda turut diserang oleh perisian hasad ini atau tidak, anda hanya perlu menjawab beberapa persoalan, seperti adakah anda menetapkan laman utama pelayar web anda, adakah anda boleh mengubah laman utama tersebut, dan adakah anda mengingati sebarang pemasaran pemalam pada pelayar web anda.

Sekiranya jawapan kepada kebanyakkan soalan ini adalah “Tidak”, maka mungkin komputer anda diserang oleh perisian hasad ini.

Anda juga turut boleh membuat imbasan menggunakan program anti-malware yang terdapat di pasaran untuk memastikan komputer anda terlindung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sptj2s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.