Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Sah Terima Laporan Barangan Radar Tentera Hilang Di PTP



JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima laporan daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berhubung kehilangan barangan sistem peralatan radar ketenteraan bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, baru -baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata laporan polis itu dibuat pihak PTP pada 13 Jun lalu dan siasatan sedang dijalankan membabitkan pelbagai pihak.

"Saya mengesahkan ada menerima laporan daripada pihak PTP pada 13 Jun lalu berhubung kehilangan barangan berkenaan.

"Polis difahamkan ketika ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), PTP dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini, melaporkan barangan berkenaan dipercayai transit dari Australia menuju ke Belanda menerusi Johor, tetapi ditahan JKDM kerana tidak mempunyai kelulusan.

Barangan itu tiba pada bulan lalu dalam satu kontena namun dilaporkan hasil semakan audit yang dijalankan mendapati peralatan berkenaan tidak lagi berada di PTP, sebelum satu laporan polis dibuat.

Akhbar berkenaan yang turut memetik sumber tidak menolak kemungkinan ia dimuatkan ke kapal lain sebelum dihantar ke Belanda secara rahsia bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah lanjut kerana sukar dibawa keluar menerusi jalan darat disebabkan pemeriksaan ketat di pintu masuk dan keluar pelabuhan berkenaan.

Sementara itu, sumber PTP berkata, laporan polis dibuat selepas pihaknya mendapati kontena yang memuatkan barangan berkenaan didapati hilang. "PTP juga menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini, selain memberi kerjasama penuh kepada JKDM dan MITI," katanya.- BH



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sknHKB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.