Hi! Welcome Back and Stay Tune! RAM semak menaik unjuran KDNK Malaysia bagi 2017 kepada 5.2 peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RAM semak menaik unjuran KDNK Malaysia bagi 2017 kepada 5.2 peratus

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd menyemak naik unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.2 peratus tahun ini daripada unjuran awal sebanyak 4.5 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi penarafan berkenaan berkata semakan semula itu dibuat selepas prestasi pertumbuhan lebih baik daripada jangkaan pada 5.6 peratus semasa suku pertama, setelah momentum pemulihan ekonomi mula menunjukkan kemampanan.

"Kebanyakan peningkatan ini berpunca daripada pemulihan positif dalam sentimen perniagaan, yang menjadikan pembinaan kapasiti yang lebih produktif dalam bentuk pelaburan jentera dan peralatan," katanya.

Ia menambah yang pemulihan ketara dalam permintaan luar juga menyokong pertumbuhan kukuh dan menjadi pemacu utama keyakinan perniagaan yang lebih tinggi yang dipamerkan oleh firma berorientasikan eksport, seiring dengan hasil penemuan Indeks Keyakinan Perniagaan RAM.

Sementara itu, RAM Rating Services turut menaikkan unjuran inflasi bagi tahun ini kepada 3.8 peratus daripada 3.0 peratus pada asalnya, berdasarkan kepada momentum pemulihan harga minyak yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama.

Terdapat juga kemungkinan kenaikan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman pada akhir tahun ini, katanya.

- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2st8V2D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.