Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ringgit dijangka dalam aliran rendah minggu depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ringgit dijangka dalam aliran rendah minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit berkemungkinan terus mengalami aliran rendah berbanding dolar Amerika minggu depan setelah unjuran kejatuhan harga minyak mentah serta pendirian Rizab Persekutuan AS yang memihak kepada faedah tinggi, kata seorang peniaga.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata harga minyak mentah dijangka kekal lemah, dipengaruhi lebihan bekalan yang akan memberi kesan kepada kepada mata wang tenmpatan.

"Selain itu, Rizab Persekutuan secara terbuka mengumumkan yang ia berhasrat untuk menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali lagi pada separuh kedua tahun ini.

"Ini akan mempengaruhi hasil jangka pendek bagi ringgit," katanya kepada Bernama.

Pong berkata pasaran dijangka kekal lengang minggu depan setelah kebanyakan pedagang tidak memasuki pasaran kerana cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula pada 25 Jun, 2017.

Pasaran Malaysia akan ditutup pada 26 dan 27 Jun ini bagi sambutan perayaan berkenaan.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.2760 dan 4.2860 berbanding dolar AS terutamanya dipengaruhi oleh prestasi harga minyak mentah dan pandangan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan, William Dudley yang memihak kepada kadar faedah yang tinggi.

Bagi asas perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit didagangkan rendah pada 4.2865/2895 berbanding dolar AS daripada 4.2740/2790 pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan, juga didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0912/0944 daripada 3.0893/0933 minggu lepas dan turun berbanding yen kepada 3.8541/8578 daripada 3.8394/8442.

Ringgit merosot berbanding pound kepada 5.4537/4584 daripada 5.4549/4617 dan lemah berbanding euro kepada 4.7880/7918 daripada 4.7741/7801.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1txjW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.