Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sherry AlHadad melaram 10 pasang baju raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sherry AlHadad melaram 10 pasang baju raya

Aidilfitri sememangnya sesuatu yang cukup dinantikan pelakon dan juga pengacara popular, Sherry AlHadad saban tahun kerana ketika inilah dia dan keluarga berkesempatan untuk berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara yang ada.
Sementelah sambutan hari raya di kampung halaman ibunya diKuching, Sarawak begitu meriah dengan pelbagai juadah dan aktiviti raya yang dirancang bersama.
“Walaupun nenek dah tak ada, namun setiap tahun saya dan keluarga tetap akan pulang ke Kuching kerana ia adalah kampung halaman ibudan menjadi kemestiannya untuk menziarahi adik-beradik dansaudara maranya di sana.

“Jadi bila beraya di sana, kami tidak beria sangat membuatpersiapan di rumah sebaliknya lebih kepada pakaian raya keranaaktiviti raya kami di sana akan dipenuhi dengan acara berjalan kesana sini menziarahi rakan taulan sampai habis raya.

“Bagaimanapun saya bernasib baik kerana pada tahun ini dapat bajuraya yang ditaja oleh rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengansaya sebelum ini seperti Mek Kembang Cotton yang hadiahkan saya10 pasang baju raya,” ujar Sherry yang turut tampil denganpakaian raya sendiri menerusi kolaborasi bersama butik AsyikinEksklusif.

Berkongsi suasana raya dia dan keluarga, kata Sherry, rumah mereka akan sentiasa riuh rendah dengan karenah mereka adik-beradik setiap kali menjelang raya.
“Masing-masing ada tugas yang kena buat dan jangan harap nakbersenang-lenang tengok TV selagi kerja-kerja yang diberikan ibubelum siap dibuat.

“Selalunya tugas saya adalah untuk menumbuk kerisik untuk ibuyang nak sediakan juadah raya dan saya anggap itulah tugas palingmencabar kerana ia perlu dibuat dalam kuantiti yang banyak selainkena angkat mengangkat perabot untuk dekorasi rumah.

“Bagaimanapun suasananya kini sedikit berbeza bila adik-beradiklain dah kahwin dan tinggallah saya yang kena buat segala kerja-kerja yang ada untuk bantu ibu di rumah,” luahnya.
Mengakui cukup gemarkan rendang ayam sebagai juadah pilihan hari raya, Sherry menyifatkan juadah yang disediakan ibunya sebagai yang terbaik malah turut kesukaan rakan-rakan yang datang beraya di rumahnya.
“Ibu memang suka masak dan apa yang dimasaknya semunya sedap sampai semua orang boleh makan banyak walaupun menu dia biasa-biasa saja.

“Kalau balik kampung di Kuching, selalunya makcik-makcik sayayang akan masak dan yang paling penting, Kek Lapis Sarawak yangmacam-macam jenis itu wajib ada bukan sahaja di rumah kami tetapihampir setiap rumah di sana,” ceritanya sambil ketawa.

C/H: Rindu arwah bapa
Bagi peminat yang ingin melihat kelibat Sherry di kaca TV padahari raya, Sherry bakal muncul dengan pelbagai program menariksepanjang musim perayaan ini baik untuk program pengacaraanmahupun drama lakonannya.
Antaranya ialah Rockanova Raya, Muzik Muzik Raya, Perang BibirRaya selain telefilem Terbalik Raya, Abang Sado Beraya dan filemanimasi alih bahasa di saluran HBO, The Secret Life of Pets.
“Alhamdulillah rezeki murah tahun ini dan banyak dapat peluanguntuk muncul di kaca TV sempena raya kali ini.

“Tapi itu tidak bermakna saya akan sediakan peruntukan duit rayayang banyak kerana program raya itu tidak ada kaitan dengan duitraya,” selorohnya sambil ketawa.
Mengimbas kenangan raya yang cukup menggamit ingatannya, Sherrypantas berkongsi momen-momen yang dilaluinya bersama arwahbapanya suatu ketika dahulu.
Daripada gelak tawa yang sentiasa berselang-seli dalam ceritanya,Sherry tiba-tiba menjadi sebak dan akhirnya menitis air mata kalamembuka cerita lama bersama arwah bapanya, Syed Abdullah yangmeninggal dunia ketika usianya menginjak 9 tahun.
“Semestinya raya saya yang paling seronok adalah ketika arwahmasih lagi ada meraikan Aidilfitri bersama kami sekeluarga,walaupun tidak lama tetapi kenangan bersama dengannya sangat-sangat membekas di ingatan.

“Bila ingat semua itu saya jadi sedih kerana hanya sempatseketika raya dengan arwah sedang momen raya bersamanya yangpaling meriah saya rasakan,” kenangnya.
Menyifatkan arwah bapanya seorang yang cukup ceria danmenyenangkan, Sherry mengakui bakatnya dalam bidang komedidiwarisi oleh arwah bapanya yang berasal dari Terenganu.
“Arwah ayah seorang yang sangat kelakar dan selalu buat lawaksehinggakan kadang-kala kami sendiri tidak tahu bila masa diaserius dan tidak main-main.

“Pernah suatu masa dia bergurau dengan sepupu saya denganmemberikan duit raya berjumlah RM10 dan kemudiannya mengatakanjika duit itu mahu dijadikan RM20, bolehlah dikoyakkan menjadidua.

“Begitu juga dengan kejadian saya pernah termakan tahi kambingwaktu kecil-kecil dulu kerana arwah ayah main-mainkan saya denganmengatakan itu adalah coklat dan boleh dimakan,” imbasnya dalam genang air mata.

The post Sherry AlHadad melaram 10 pasang baju raya appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYSLg8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.