Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM sedang kesan saksi penting kes rasuah Melaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM sedang kesan saksi penting kes rasuah Melaka

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan beberapa saksi penting kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata ini berikutan saksi terbabit gagal dikesan dan dipercayai telah meninggalkan negara ini.

"Ada di antara mereka yang sudah melarikan diri ke luar negara manakala selebihnya bersembunyi di dalam negara.

"Kami dalam proses mengesan mereka semua bagi melengkapkan siasatan," katanya selepas melancarkan Program Sahabat SPRM di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan blog Sarawak Report yang mengaitkan beberapa pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan suspek utama kes rasuah berkenaan, beliau berkata tindakan atas dakwaan berkenaan termasuk memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya akan dibuat berdasarkan siasatan lanjut SPRM.

"Biarlah kita jalankan siasatan dahulu, sekiranya perlu barulah kita panggil.

"SPRM tidak boleh mengambil keterangan berdasarkan dakwaan artikel dalam internet sebaliknya setiap tindakan kita perlu dilakukan berdasarkan siasatan sendiri," katanya.

Sehingga 25 Mei lepas, seramai 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mengenai program itu, beliau berkata SPRM akan menggunakan 2,200 premis kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh negara untuk mempamerkan mesej pencegahan rasuah dan salah laku.

"Diharap melalui kempen ini, masyarakat lebih mudah untuk melaporkan kegiatan rasuah kerana  di dalam premis 7-Eleven kita letakkan risalah bagi memudahkan laporan dibuat," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqGrn7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.