Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syafie Naswip Menyesal Tinggikan Suara Dengan Ibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syafie Naswip Menyesal Tinggikan Suara Dengan Ibu

Syafie Naswip Menyesal Tinggikan Suara Dengan Ibu

Syafie Naswip Menyesal Tinggikan Suara Dengan Ibu

Pelakon Syafie Naswip akui menyesal dengan tindakannya yang sering meninggikan suara terhadap ibu tanpa memikirkan perasaannya.Tindakan tersebut telah menyebabkan hati ibunya terguris dan perkara itu telah meninggalkan rasa kesal dilubuk hatinya.

Namun jangan salah sangka, itu hanyalah merupakan babak lakonan Syafie dalam telefilem terbaru berjudul Kembalikan Syawalku.

Syafie memegang watak sebagai Akil merupakan seorang anak yang keras kepala dan sering memarahi ibunya walaupun dia terlantar di hospital selepas mengalami kemalangan.

Menurut Syafie, telefilem tersebut banyak memberi pengajaran dan meninggalkan kesan terhadap dirinya.

“Siapa yang masih ada ibu tolonglah jangan jadi macam Akil, ibu adalah harta dunia yang paling berharga dan kita tiada hak untuk menyakiti hatinya walaupun sebesar zarah.

“Telefilem ini banyak mengajar tentang pengorbanan dan sifat seorang ibu yang sering memaafkan anaknya sehingga penghujung hayatnya.

“Sejujurnya, bila tengok cerita ini memang saya teringat dan rindu pada ibu saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Syafie, pelakon lain yang tuurt membintangi telefilem tersebut adalah Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus, Lisdawati dan Sharifah Amani.

Kembalikan Syawalku arahan Pitt Hanif ini akan bersiaran pada jam 9.00 malam ini di Astro Citra (saluran 131) dan Mustika HD (saluran 134).

Via: AG
Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tH9hB5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.