Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada ‘Powerbank', Tiada Masalah, Gunakan 7 Cara Ini Untuk Jimatkan Penggunaan Bateri Telefon, Supaya Boleh Tahan Lebih Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada ‘Powerbank', Tiada Masalah, Gunakan 7 Cara Ini Untuk Jimatkan Penggunaan Bateri Telefon, Supaya Boleh Tahan Lebih Lama

Foto: vimeo
Bagi mereka yang selalu sahaja ‘online’, sudah pasti mengalami masalah yang ramai di antara kita turut sama mengalaminya, iaitu, bateri telefon mula nak habis.

Bila dah berada dalam situasi ini, mulalah tidak senang, mana tidaknya, nak ‘update’ status, dekat FB, Instagram atau Twitter pun dah nyawa-nyawa ikan sahaja, lagi-lagi dengan tak ada ‘powerbank’.

Tapi yang sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan, untuk memastikan bateri telefon bertahan lama. Menerusi perkongsian dari saudara, Rafiq Sharman Khamis, yang juga merupakan seorang Pembina aplikasi telefon pintar, telah kongsikan mengenai masalah ini.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: misstechy
7 TIPS UNTUK JIMATKAN BATERI SMARTPHONE KETIKA BATERI PHONE SEDIKIT DAN LUPA BAWA POWER BANK

Pernah tak kita nak keluar atau pergi shopping sekali bateri phone tinggal bawah 50%?

Tengok dalam bag, power bank pula tak bawak! Memang akan gundah gulana smartphone tanpa bateri.

Sekarang mood nak raya, memang kerap kita akan keluar shopping diluar. Memang akan ambil masa berjam-jam diluar. Jangan rosakkan mood raya anda.

Ini tips yang saya selalu gunakan jika di situasi begini.

1. Tukar kecerahan screen kepada yang paling rendah. Kecerahan screen antara penyumbang utama penggunaan bateri phone.

2. Setkan nada dering ke "silent mode" tanpa vibrate. Pastikan situasi kita bukan menjangkakan panggilan yang penting.

3. Tutup data internet. Buka jika perlu SAHAJA untuk semak apa-apa perkembangan di FB, Whatsapp dan Media Sosial yang lain.

4. Jika lagi extreme, setkan phone ke "Flight Mode". Ini akan menutup data internet dan line telefon sekali, lagi jimat bateri. Dan pastikan situasi kita bukan menjangkakan sebarang panggilan telefon.

5. Jangan main game di phone. Sesetengah permainan game akan menggunakan pemprosesan CPU dan grafik phone yang tinggi. Sabar kejap, balik nanti baru main game ya.

6. Jangan off dan on semula phone dengan kadar yang kerap jika nak jimatkan bateri. Jika tempoh jangka masa yang lama tak mengapa.

Off dan On phone semula ni ibarat bila kita tidur dan bangun terus lalu terus berlari. Memang memenatkan, sama juga pada phone, ia akan guna bateri yang banyak untuk 'bangun' semula.

7. Jika anda masih perlukan data internet tetapi di kawasan anda hanya ada Internet 3G atau lagi rendah, dicadangkan boleh tutup sementara internet anda.

Data Internet 4G adalah paling jimat bateri. Teknologi paling baru akan pastikan penggunaan bateri lebih optimum.

Moga kita boleh shopping dengan hati yang lebih tenang, walaupun bateri phone kita sudah hampir kekeringan.

Status bateri sekarang adalah 35%.
Dah kena stop menulis, nanti habis bateri pulak



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUdheM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.