Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan berhampiran Masjidil Haram - Wisma Putra - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan berhampiran Masjidil Haram - Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar, Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.

Jelas kenyataan itu, serangan pengganas berkenaan adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.

Serangan yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram itu telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi.

Jelas kenyataan itu, Kerajaan Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

Tambah kenyataan itu, keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.

Kenyataan itu menjelaskan, Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi berkenaan.

Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi adalah seperti berikut:

Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah
Lot 241, Al-Mualiffin Street
Al Rehab District
P.O Box 593
21421 Jeddah
ARAB SAUDI  
Tel:  0096612 6727740
0096612 6728019



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFi3j2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.