Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Parah Kereta Dirempuh Lori - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Parah Kereta Dirempuh Lori

KUANTAN – Seorang wanita parah apabila kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek di hadapan Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata kejadian yang berlaku pukul 1.45 petang menyebabkan wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an tersepit dalam kereta Honda Jazz yang dipandunya.

“Anggota bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa. Dia kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lori seberat tiga tan yang dalam perjalanan menghala ke Sungai Soi di sini, melanggar kereta mangsa yang ketika itu berhenti kerana lampu isyarat merah.

Kemalangan turut menyebabkan lori itu hilang kawalan dan terbalik melintang jalan menyebabkan pemandunya cedera, dan dibantu orang ramai untuk keluar daripada kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWcNpG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.