Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zara ligat beraktiviti amal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zara ligat beraktiviti amal

Sepanjang Ramadan ini, tentu ramai artis yang ligat mengejar pahala dengan melakukan pelbagai kerja amal.

Pelakon Zara Zya juga nampaknya tidak terlepas untuk turut serta dengan menyertai pelbagai aktiviti amal.

“Sudah lama saya tidak turut serta dalam melakukan aktiviti amal bersama kelab peminat. Ada rancangan untuk untuk mengadakan aktiviti sebegini sebelum ini, tetapi tidak berkesempatan.

“Banyak kekangan antaranya masa dan beberapa komitmen lain menyebabkan rancangan itu tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Zara yang ditemui di acara amal bersama gelandangan anjuran UiTM Holdings baru-baru ini berkata, dengan adanya acara begitu sedikit sebanyak mendekatkannya kepada kehidupan mereka yang memerlukan.

“Ketika pihak UiTM Holdings menjemput untuk menyertai acara amal untuk memberikan sumbangan makanan berbuka puasa dan khidmat kesihatan kepada gelandangan, saya terus terima.

“Saya sendiri tidak pernah tahu sebenarnya ada tempat tinggal khas yang diwujudkan untuk golongan gelandangan. Jadi, sedikit sebanyak aktiviti sebegini mendekatkan saya dengan mereka,” katanya.

Menurut Zara, sekiranya mempunyai kewangan yang mencukupi, dia berbesar hati untuk menyalurkannya.

“Mungkin acara sebegini boleh dilakukan lebih kerap. Kalau saya ada wang yang banyak, saya akan lakukan acara amal lebih kerap untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya kita dapat berikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Ditanya mengenai nikmat Aidilfitri buatnya, Zara mengakui semakin matang dalam meraikan hari kemenangan umat Islam itu.

“Semakin meningkat umur, kita juga semakin matang dan bertanggungjawab. Persiapan dan sambutannya tidak banyak berbeza berbanding tahun lalu,” katanya.

Menjelang Aidilfitri, wajahnya akan menghiasi kaca TV menerusi dua telefilem lakonannya.

“Antara telefilem yang membabitkan saya ialah Kuih Raya Mak Leha dan Huru Hara Raya. Kedua-duanya adalah untuk tayangan TV9,” katanya.

The post Zara ligat beraktiviti amal appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbc099

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.