Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3,000 peminat banjiri rumah terbuka Aiman Tino - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3,000 peminat banjiri rumah terbuka Aiman Tino

Hampir 3,000 peminat membanjiri rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan penyanyi remaja, Aiman Tino sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan mereka selama ini.

rumah terbuka Aiman Tino

rumah terbuka Aiman Tino

Diadakan di Dataran Kuala Kubu Bharu, malam tadi, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tidak menyangka acara yang kali pertama dianjurkan itu menerima kehadiran begitu ramai peminat.

Pada majlis sama, Aiman turut meraikan sambutan hari jadinya yang ke-19 yang jatuh pada 27 Jun lalu.

“Rumah terbuka ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang menyokong kerjaya seni saya sepanjang lebih setahun dalam industri.

“Selain itu, saya juga mengambil kesempatan itu untuk meraikan hari jadi bersama peminat. Tidak sangka pula kehadiran peminat begitu ramai, malah melebihi jangkaan.

“Saya diberitahu ada peminat yang datang jauh dari Brunei semata-mata untuk menghadiri rumah terbuka ini. Saya berharap peminat yang hadir berpuas hati menikmati hidangan yang disediakan,” katanya.

Selain peminat, rumah terbuka Aidilfitri ini turut dihadiri rakan artis seperti Ismail Izzani, Harry Khalifah, Kumpulan Projector Band, Noorshila Amin dan Haqiem Rusli.

Pada majlis ini, Aiman turut menjamu peminatnya dengan hidangan tradisi seperti nasi minyak, sate, kambing golek dan char kuetiau.

Sumber: BH Online



Sumber 3,000 peminat banjiri rumah terbuka Aiman Tino

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3Dtbh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.