Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser..

Baru-baru ini, banyak artikel yang mengeluarkan beberapa kenyataan serta fakta mengenai bahaya kanser kulit. 


Justeru, semakin ramai yang mula mengambil berat akan isu ini di samping melakukan pelbagai usaha bagi menjamin kesihatan mereka.


20 tahun lalu, masyarakat tidak begitu mengendahkan bahaya akibat berjemur di bawah cahaya matahari walaupun pendedahan mengenainya telah dilakukan. Tetapi kini, segalanya sudah berubah.

Setelah pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan, semakin ramai masyarakat mula menggunakan produk pelindung cahaya matahari dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti simptom-simptom yang mungkin berbahaya.


Tahi lalat atau bintik pada kulit juga sering dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan. Menurut pakar kesihatan, kanser kulit merupakan jenis kanser yang biasa di Amerika dengan hampir 5 juta pesakit dirawat setiap tahun.

Malah, terdapat juga kes-kes lain selain kanser kulit seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan lain-lain. Satu daripada lima rakyat Amerika akan menghidap kanser kulit pada satu tahap dalam hidup mereka. Justeru, mengetahui tanda-tanda kanser kulit adalah satu perkara yang penting.


Jadi, jika anda merasakan terdapat bitnik pada badan anda, segeralah berjumpa dengan pakar bagi mengesahkan sama ada ia adalah tahi lalat atau punca kanser.

Anda juga digalakkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas tahi lalat anda dan melihat sama ada berlaku perubahan padanya. Cara terbaik untuk mengetahui jika tahi lalat itu akan berubah menjadi kanser yang berbahaya, ikuti panduan ABCDE seperti di dalam gambar.


A – Asymmetry

Tahi lalat normal mempunyai bentuk yang sama. Lihat jika tahi lalat anda mempunyai bentuk simetri atau kelihatan seperti tompokan.

B – Border

Adakah tahi lalat anda mempunyai garis sempadan yang sama dan berwarna gelap? Tahi lalat yang sihat mempunyai sempadan yang sama dan bulat.

C – Color

Adakah warna tahi lalat anda seperti coklat gelap? Tahi lalat yang sihat sepatutnya berwarna coklat gelap atau hitam bukan hijau atau merah jambu.


D – Diameter

Tahi lalat yang normal sepatutnya lebih kecil daripada 6mm.

E- Evolving

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tahi lalat anda, ia mungkin berbahaya dan anda perlu rujuk kepada doktor dengan kadar segera.


Kredit: Era Baru


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uWeM2f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.