Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Ditahan Bantu Siasatan Kes Rogol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Ditahan Bantu Siasatan Kes Rogol


Tujuh suspek termasuk seorang wanita berusia 45 tahun ditahan pagi tadi untuk membantu siasatan kes rogol dua pembantu taska dalam kejadian di Pandan Indah, 14 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, dua mangsa dirogol sebelum disimbah cecair peluntur di seluruh badan.

"Dalam kejadian pada 4 pagi itu, dua lelaki memecah masuk taska sebelum merogol dua wanita yang juga pembantu taska.

"Mangsa dirogol dan disimbah cecair peluntur kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum suspek melarikan diri bersama televisyen dan telefon milik mangsa," katanya selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang, di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor, bekas Ketua Polis Daerah Kajang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan dan Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Fadzil berkata, hasil siasatan berjaya menahan tujuh suspek warga tempatan berusia antara 27 hingga 45 tahun dalam serbuan bermula 5 petang dan berakhir 5 pagi tadi di sekitar Ampang Jaya.

"Semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXM3tI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.