Hi! Welcome Back and Stay Tune! 8 Artis ditangkap pesta dadah termasuk pelawak wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

8 Artis ditangkap pesta dadah termasuk pelawak wanita

8 Artis ditangkap pesta dadah termasuk pelawak wanita|Lapan artis termasuk pelawak popular Indonesia, Pretty Asmara ditahan polis ketika sedang berpesta dadah di sebuah bilik Karaoke di sebuah hotel di sini kelmarin.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Argo Yuwono berkata, semua artis ditahan kerana menyertai pesta dadah anjuran mereka.

Katanya, polis menyerbu bilik dan karaoke di hotel itu pada tengah malam kelmarin ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul.

Dalam serbuan itu, polis menemui 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya di dalam sebuah bilik hotel.

Polis kemudian menyerbu bilik karaoke tempat semua artis itu berkumpul dan merampas 1.12 gram syabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5.

Kata Argo, mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada artis itu.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (RM7,500), dipercayai hasil kutipan pesta dadah berkenaan. – Bernama

The post 8 Artis ditangkap pesta dadah termasuk pelawak wanita appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://Eberita.org/8-artis-ditangkap-pesta-dadah-termasuk-pelawak-wanita/

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.