Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADUN Cadang Bina Taman Tema, Kasino Di Kapit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADUN Cadang Bina Taman Tema, Kasino Di Kapit


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christopher Gira Sambang mencadangkan kerajaan negeri membina sebuah taman tema dan sebuah kasino di kawasan Tunoh Kapit bagi merancakkan industri pelancongan Sarawak.

Memetik laporan Bernama, Gira berkata, Sarawak perlu mewujudkan lebih banyak produk pelancongan untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong di samping menyemarakkan lagi kekayaan seni budaya masyarakat pelbagai etnik di Sarawak khususnya.

“Ini adalah cadangan peribadi saya dan terpulanglah kepada kerajaan untuk meluluskannya,” katanya sambil menjadikan Singapura sebagai contoh.

"Republik itu berjaya menarik banyak pengunjung melalui pembinaan kasino Resort World Sentosa dan Marina Bay Sands, di samping taman tema Universal Studio," katanya.

Menurutnya lagi, dalam tempoh 15 akan datang, kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Lembangan Sungai Tunoh di daerah Bukit Mabong di Bahagian Kapit sebagai kawasan pengeluaran makanan dan pusat ekopelancongan. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPeJF0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.