Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli akrobatik mati terjatuh ketika persembahan di hadapan 35 ribu penonton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli akrobatik mati terjatuh ketika persembahan di hadapan 35 ribu penonton

Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan 
Kohilah SekaranAstro Awani |  Julai 09, 2017 21:46 MYT

Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan
Seorang ahli akrobatik, Pedro Aunion Monroy, 42, meninggal dunia di hadapan depan 35,000 orang sejurus sebelum Green Day melakukan persembahan di pentas berkenaan di Madrid pada hari Jumaat. - Facebook Pedro Aunion Monroy
KUMPULAN rock Green Day akhirnya menjawab kecaman orang ramai yang mendakwa mereka ‘mengabaikan’ kematian seorang ahli akrobatik yang terjatuh ketika melakukan persembahan di festival muzik Mad Cool di Sepanyol. 

Ahli akrobatik itu, Pedro Aunion Monroy, 42, meninggal dunia di hadapan  35,000 orang sebelum Green Day memulakan  persembahan di pentas berkenaan di Madrid pada hari Jumaat.

Pedro sedang melakukan aksi dalam satu sangkar kecil ketika tragedi itu berlaku. 

Dia terjatuh dari ketinggian 100 kaki dan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Detik ahli akrobatik terjatuh ketika melakukan persembahan (saat 0:58) sempat dirakamkan oleh penonton. - Sumber: sucesos de impacto

Menurut satu kenyataan yang ditulis oleh Billie Joe Armstrong, salah seorang anggota kumpulan itu, mereka tidak mengetahui tentang insiden itu sehingga mereka selesai persembahan mereka.

“Green Day tidak tahu langsung mengenai kemalangan itu sehingga selesai pertunjukan kami. Kami juga sama sekali tidak tahu ada persembahan akrobat sebelum persembahan kami.

"Kami ketika itu berada di belakang pentas, yang terletak setengah batu jauh dari pentas utama festival.

Tambah Billie: “Saya tidak tahu mengapa pihak penganjur memilih untuk tidak memberitahu kami tentang kejadian itu sebelum konsert kami. Kami hanya diberitahu selepas konsert kami.

"Jika kami tahu sebelum persembahan kami, sudah tentu kami akan membatalkannya. Kami bukan orang yang tidak berperikemanusiaan.”


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txf2mV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.