Angka Kematian Akibat Selesema Burung Meningkat
YANGON – MYANMAR: Tiga lagi kematian dilaporkan di Yangon, Myanmar akibat influenza A/H1N1-2009 yang juga dikenali selesema burung, menjadikan angka kematian meningkat kepada 10 orang.
Mangsa maut adalah daripada 44 pesakit disyaki membawa virus berkenaan, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita Myanmar pada Isnin.
Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan dan Sukan, akan melaksanakan program pencegahan berdasarkan analisis pakar jangkitan dan kemungkinan masa depan.
Kementerian mahu semua arahan berikutan penyakit berkenaan diberikan pematuhan ketat dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan penyakit.
Sementara itu, pihak berkuasa memutuskan untuk menangguhkan perayaan Taung Byone yang dijadual pada 31 Julai hingga 7 Ogos di Mandalay.
Kira-kira 100,000 orang menghadiri perayaan itu setiap hari dan ia menimbulkan kebimbangan kerana boleh menyebabkan wabak selesema burung merebak lebih cepat. – Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2va7gRx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment