Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Amah Datuk Aliff Didakwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Amah Datuk Aliff Didakwa


Bekas pembantu rumah warga Indonesia kepada jutawan produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang menjadi viral kerana mencuri barang kemas milik isteri jutawan itu pertengahan bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam. 

Bagaimanapun tertuduh Sundari, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang gaji telah mencuri harta iaitu tiga utas gelang tangan jenis emas 850 bernilai RM1,509.14 milik Nur Shahida Mohd. Rashid, 32.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di alamat Lot 3024, Jalan Melati, Kampung Damai, Kuang di sini pukul 4 petang pada 18 Jun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie yang mewakili pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan tertuduh merupakan warganegara asing. Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes termasuk menunggu laporan daripada pihak imigresen berhubung status tertuduh.

Pada 20 Jun lalu, akhbar melaporkan jutawan kosmetik yang juga merupakan Pengarah Urusan D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs) itu memuat naik lima video menunjukkan tindakannya menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman dia mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2usfCAM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.