Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belum penggambaran pun dah ‘kecoh’… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belum penggambaran pun dah ‘kecoh’…

DRAMA Coffee Prince daripada Korea Selatan pernah meletup di Malaysia satu ketika dahulu apatah lagi dengan barisan pelakon yang dikenali ramai seperti Gong-yoo dan Yoon Eun-hye.

Oleh itu, apabila pengarah, Michael Ang mengumumkan ingin membuat ‘remake’ drama tersebut versi Malaysia dan mengatakan Fattah Amin dan Janna Nick menjadi teraju utamanya membuatkan peminat asal drama tersebut membantah.

Ia turut menjadi fenomena apabila para netizen mengutuk pengambilan pelakon, Fattah Amin tidak layak dan masih ‘kayu’ untuk  melakonkan watak Choi Han-gyul yang dilakonkan oleh Gong-yoo sebelum ini.

Malah ada juga yang membandingkan pencapaian Fattah dalam bidang lakonan dengan pelakon dari Korea Selatan itu yang kini dikenali di seluruh dunia menerusi filem ‘Train to Busan’ dan drama ‘Goblin: The lonely God’.

Selain itu, terdapat juga petisyen bantahan yang diwujudkan oleh peminat asal drama tersebut kepada syarikat produksi Cube Film Sdn Bhd di laman web Gopetition lapor Harian Metro.

Namun, ada juga peminat setia Fattah yang memberikan sokongan kepadanya untuk melakonkan watak hero dalam drama tersebut mendakwa itu adalah rezeki bagi pelakon ‘Hero Seorang Cinderella’ itu.

Bagaimanapun, para peminat drama tersebut memberi ‘restu’ pula kepada Janna Nick untuk melakonkan watak Go Eun-chan.

Berkata kepada Harian Metro, Fattah mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai kemarahan peminat drama tersebut dan juga mengenai petisyen tersebut.

“Saya tidak tahu hujung pangkal pun, kerana terputus hubungan kerana menjalani rakaman program tv di Hutan Belum, Perak.

“Sebaik pulang, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero dalam drama ‘remake’ itu dapat bantahan peminat asal,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, setakat ini masih belum ada pengesahan rasmi penglibatannya dalam drama tersebut.

“Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk buat keputusan, jika mereka rasa saya layak berlakon watak utama dan tidak kisahkan kritikan, maka saya akan menggalas tugas ini sebaik mungkin,” katanya lagi

The post Belum penggambaran pun dah ‘kecoh’… appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tfVSzw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.