Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan Bawa Campur Tangan Asing Ke Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan Bawa Campur Tangan Asing Ke Sarawak


MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menepis dakwaan kunjungan pasukan peguam Sarawak ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengundang campur tangan asing.

Setiausaha Agungnya, Datuk Sebastian Ting berkata, kunjungan tersebut adalah bertujuan mencari dokumen dan rujukan yang relevan untuk mewujudkan perundangan kukuh bagi Sarawak dalam rundingan.

"Campur tangan asing, ia tidak betul. Langkah ini adalah menunjukkan kita serius. Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) serius dan menghantar pasukan peguam untuk melakukan kajian lengkap bagi menubuhkan pendirian undang-undang," katanya.

Memetik laporan The Borneo Post, Ting berkata, ia adalah langkah betul yang menggariskan kesungguhan Abang Johari dan kerajaan negeri dalam menegakkan hak dan kepentingan negeri.

Jumaat lalu, Abang Johari mengumumkan Sarawak akan menghantar satu pasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji apa-apa rujukan yang berkaitan dengan hak negeri ini di bawah MA63.-Sarawakiana












✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAqvDq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.