Cheong Jun Hoong juara dunia 10 meter platform, pecah dominasi China
Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong kini bergelar juara dunia apabila menang pingat emas dalam acara terjun platform 10 meter di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, awal pagi Khamis.
Jun Hoong meraih 397.5 mata bagi mendahului dua peserta China iaitu Si Yajie di tempat kedua dan Ren Qian ketiga.
Keputusan itu juga diumumkan menerusi laman Twitter rasmi kejohanan berkenaan.
Pingat emas itu adalah yang pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam kejohanan tersebut.
Lebih manis, Jun Hoong berjaya memecah dominasi jagoan China dalam acara 10 meter platform wanita berkenaan.
Pada kejohanan edisi 2015, Qian memenangi pingat perak acara itu.
Seorang lagi penerjun dari China, Si Yajie meraih pingat perak di belakang Malaysia dengan kutipan 396.00 mata.
Si Yajie yang tewas kepada Jun Hoong dengan perbezaan 1.50 mata mengakui terkejut dengan kekalahannya kali ini.
Ini kerana, penerjun dari China sudah lama mendominasi acara itu di kejohanan dunia.
Mereka memenangi 22 pingat, melebihi 16 daripada negara lain.
Sumber: Mstar
Sumber Cheong Jun Hoong juara dunia 10 meter platform, pecah dominasi China
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://encikpenyu.blogspot.com/2017/07/cheong-jun-hoong-juara-dunia-10-meter.html
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment