Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chester Bennington Dikebumikan Di Lokasi Rahsia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chester Bennington Dikebumikan Di Lokasi Rahsia


Mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington disemadikan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di California, Amerika Syarikat dalam sebuah upacara tertutup.

Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh bekas anggota band Of Mice and Men, Austin Carlile di Instagramnya dengan menunjukkan wristband dan kad memorial mirip pas belakang pentas sebagai bukti kehadirannya di upacara tersebut semalam.

"Servis hari ini sangat indah. Terima kasih Linkin Park, terima kasih Chester untuk segalanya," tulisnya.

Lapor media antarabangsa, upacara pengebumian mendiang Chester turut diiringi sebuah persembahan muzikal tribut.

Upacara itu hanya dihadiri oleh 200 orang keluarga dan sahabat terdekat Chester termasuk balunya, Talinda.

Chester, 41, dilaporkan meninggal dunia dengan cara membunuh diri pada 20 Julai lalu di kediamannya di Palos Verdes, California.

Kegemilangan Linkin Park bermula sekitar tahun 2000 menerusi album debut Hybrid Theory yang terjual lebih 10 juta unit.

Band itu pernah 63 kali memenangi pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards.

Bagi yang terlepas untuk menyaksikan episod khas mengenai kerjaya band legenda Linkin Park, saksikan MTV: The Ride - Linkin Park di Astro Go dan On Demand mulai sekarang hingga 4 Ogos nanti.-Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ubbfbW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.