DAP KESAL PAS BERMINAT KUASAI KERUSI PEMBANGKANG
KUALA LUMPUR – DAP kesal dengan hasrat Pas untuk meletakkan calon di kubu kuat pembangkang termasuk di kerusi DAP.
Setiausaha Publisitinya, Tony Pua berkata, tindakan itu secara jelas mereka ingin menewaskan barisan pembangkang pada pilihan raya akan datang supaya Datuk Seri Najib Razak terus kekal menjadi perdana menteri.
“Tindakan itu juga menunjukkan mereka bersekongkol dengan Umno,” dakwanya ketika ditemui media di Parlimen, hari ini.
“Kita dalam sistem demokrasi, sekiranya ada parti berminat untuk bertanding di mana-mana kerusi itu hak mereka,” katanya.
Hari ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas bukan sahaja berminat mengkaji kerusi Permatang Pauh, malah tidak mustahil akan meletakkan calon mereka di kawasan yang berpeluang untuk dikuasainya termasuk di kerusi DAP dan PKR.
– SH
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uWYDt1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment