Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk A pula minat dengan baju raya Hello Kitty - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk A pula minat dengan baju raya Hello Kitty

Selepas Datuk Z, seorang lagi individu bergelar Datuk ‘memburu’ baju raya berinspirasikan Hello Kitty milik seorang usahawan kosmetik dari Kelantan.

Menerusi rakaman video secara langsung di Facebook pada lewat Khamis malam, Yus Amina Mohd Zawizah, 27, berkata sehingga kini suaminya belum memakai baju Melayu Hello Kitty berikutan kisah baju mereka sekeluarga tular di media sosial.

Berikutan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Afina memberitahu, kemungkinan Datuk yang tidak didedahkan namanya itu akan mencuba memakai baju Melayu tersebut.

Afina ketika dihubungi mStar Online mengesahkan terdapat perbincangan bersama usahawan yang hanya mahu didedahkan sebagai Datuk A berkaitan baju Hello Kitty.

“Datuk A merupakan seorang usahawan yang berjaya dan terkenal. Beliau seorang selebriti, selalu masuk TV.

“Ada perbincangan antara kami mengenai baju Melayu Hello Kitty termasuk projek membabitkan baju berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun Afina berkata, ia masih di peringkat perbincangan dan beliau memerlukan masa untuk berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya minta tempoh seminggu untuk fikir masak-masak dan solat istikharah dulu. Kalau betul ini rezeki saya, permudahkanlah (kerjasama) dengan Datuk A,” katanya sambil menambah akan mendedahkan identiti Datuk A bila tiba masanya.

Identiti Datuk A menjadi teka-teki dalam kalangan pengikut Facebook Afina sehingga rata-rata menyebut beberapa nama seperti pengacara dan pelakon, Datuk AC Mizal dan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Dalam video berdurasi 9.45 minit itu, Afina turut menjelaskan mengenai pertemuannya dengan Datuk Z pada Khamis berhubung tempahan baju raya Hello Kitty untuk anak perempuan dan cucunya.

“Tempah guna kain dari Bandung. Guna ‘english cotton’, kainnya rasa lembut, tak panas dan selesa bila pakai. Jadi, jangan kata baju ini daripada kain cadar,” katanya.

Minggu lalu, kisah Afina dan perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun tular selepas memuat naik gambar berbaju raya Hello Kitty di Facebook.

Malah, seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.
Sumber: Mstar



Sumber Datuk A pula minat dengan baju raya Hello Kitty

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAyCNC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.