Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Mentah Naik Berikutan Pengurangan Bekalan US - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Mentah Naik Berikutan Pengurangan Bekalan US

Harga minyak telah melepasi paras dua bulan tertinggi pada pasaran Asia hari ini berikutan pengurangan bekalan minyak mentah US dan amaran sekatan eksport terhadap ahli OPEC, Venezuela.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia pula meningkat 0.25% kepada $52.43 setong setakat jam 2.15 petang, paras tertinggi sejak 25 Mei lepas.
Minyak WTI (West Texas Intermediate) pula meningkat 17 sen atau 0.34% kepada $49.88 setong.

Harga minyak telah naik sebanyak 10% sejak Selasa minggu lepas, selepas ahli OPEC/non-OPEC berbincang mengenai tindakan-tindakan yang perlu di ambil untuk mengurangkan bekalan minyak dalam pasaran.

Bank ANZ dalam kenyataannya hari ini menyebut, “WTI akan cuba menembusi harga $50 setong, manakala Brent pula akan melepasi $52 setong berikutan pasaran minyak perlu distabilkan lagi”.

Para pelabur menyatakan, kenaikan harga minyak ini adalah disebabkan oleh pengurangan bekalan minyak mentah di pasaran Amerika.

Penggalian minyak baru di US semakin perlahan dengan penambahan hanya 10 pelantar pada bulan Julai, paling sedikit sejak bulan Mei 2016.

Tambahan pula, para pelabur juga bimbang dengan laporan bahawa US bakal mengenakan sekatan eksport minyaknya kepada Vanezuela berikutan tindakan Presiden Vanezuela, Nicolas Maduro untuk menubuhkan satu badan bagi mengubah perlembagaan negara.

The post Harga Minyak Mentah Naik Berikutan Pengurangan Bekalan US appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPzWfY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.