Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini fakta ringgit tercorot sejak Najib jadi PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini fakta ringgit tercorot sejak Najib jadi PM

Minggu lalu, jentera propaganda Barisan Nasional (BN) cuba menularkan laporan Bloomberg yang menyebut matawang ringgit Malaysia (RM) menunjukkan prestasi lebih baik berbanding matawang lain bagi suku pertama 2017.

Laporan ini kemudiannya dijadikan alasan untuk membidas pihak-pihak yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai kejatuhan nilai ringgit (termasuk saya) kononnya kritikan kami selama ini tidak benar.

Nilai matawang ringgit adalah sangat penting kerana peratusan barang import yang digunakan oleh rakyat masih kekal tinggi, terutamanya bahan-bahan makanan.

Lebih-lebih lagi harga petrol dan diesel dikira berdasarkan harga rujukan di dalam dolar Amerika Syarikat (AS), maka jika pun harga minyak mentah dunia telah turun, harga petrol dan diesel boleh kekal tinggi akibat nilai ringgit yang rendah.

Penentu nilai ringgit

Nilai ringgit ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran matawang yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi negara.

Oleh itu, kedudukan nilai ringgit yang rendah dan prestasinya di belakang matawang serantau yang lain memberi gambaran kelemahan pentadbiran ekonomi dan kewangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Alasan yang selalu digunakan oleh jentera propaganda Najib ialah kejatuhan mawatang ringgit adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia disebabkan nilai dolar AS yang mengukuh, bukannya disebabkan oleh kelemahan ekonomi Malaysia.

Mereka yang membawa alasan ini akan memberi contoh bahawa semua matawang serantau yang lain telah jatuh jika dibandingkan dengan dolar AS, bukannya ringgit semata-mata.

Data kadar tukaran matawang

Oleh itu, saya telah mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan data kadar tukaran matawang ringgit dan matawang lain (iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan) berbanding dengan dolar AS bermula dari tahun 2007 hingga ke akhir Mei 2017.

Tujuannya ialah untuk menentukan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak Najib menjadi menteri kewangan (dari tahun 2008 hingga 2017).

2. Bagaimana prestasi matawang ringgit berbanding matawang lain sejak isu dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib (dari tahun 2015 hingga 2017).

Data kadar tukaran matawang berbanding dolar AS boleh diperolehi secara percuma dari laman Bank Dunia (rujuk laman http://ift.tt/2tDmaid)

Saya sertakan jadual berikut yang menunjukkan kadar tukaran purata matawang serantau berbanding dolar AS:

Daripada jadual ini, saya membuat analisa untuk menilai prestasi ringgit sejak Najib menjadi menteri kewangan dan berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi beliau menjadi pengetahuan umum.

Analisa ini dirumuskan di dalam jadual berikut:

Analisa menunjukkan perkara-perkara berikut:

1. Selain dari Indonesia dan Vietnam, matawang ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Najib menjadi menteri kewangan).

Kadar ringgit menyusut

Sejak tahun 2008, nilai ringgit telah menyusut 27.7 peratus sedangkan nilai matawang naik 6.8 peratus.

Walaupun Thailand mengalami pelbagai kacau bilau sejak tahun 2008 (termasuklah tunjuk perasaan baju merah dan kuning), nilai bath hampir tidak berubah sejak 2008 yang menunjukkan alasan kononnya semua matawang jatuh berbanding dolar AS adalah tidak tepat.

2. Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding matawang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal. Kejatuhan ringgit berbanding tahun 2015 (iaitu sebelum berita itu dilaporkan) adalah sebanyak 12.3 peratus iaitu tertinggi berbanding matawang lain di rantau ini.

Saya menampilkan analisa ini supaya Najib tidak mudah mencuci tangan tidak mahu memikul tanggungjawab dengan kemerosotan nilai ringgit, yang membawa kesan langsung kepada rakyat akibat kenaikan harga barang dan inflasi.

Bukan sahaja kepimpinan beliau sebagai menteri kewangan telah menyebabkan nilai ringgit menjadi lemah, skandal 1MDB jelas ada kesan besar kepada nilai ringgit dari analisa yang menunjukkan kadar kejatuhan nilai ringgit adalah lebih tinggi berbanding matawang lain.


RAFIZI RAMLI adalah ahli Parlimen Pandan dan naib presiden PKR.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Ini fakta ringgit tercorot sejak Najib jadi PM

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sjHRjz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.