Hi! Welcome Back and Stay Tune! IPI Mei Naik 4.6 Peratus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IPI Mei Naik 4.6 Peratus


KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPI) meningkat 4.6 peratus pada Mei 2017 berbanding bulan sama 2016, disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pembuatan dan elektrik.

Indeks pembuatan dan elektrik masing-masing menokok 7.3 peratus dan 2.5 peratus dalam bulan dikaji, demikian menurut Jabatan Statistik dalam satu kenyataan hari ini.

Pada asas bulan-ke-bulan, pengeluaran sektor pembuatan terus mencatat pertumbuhan ketara pada Mei selepas berkembang 6.7 peratus pada April, yang mana peningkatan dicatatkan dalam sektor kecil utama, khususnya produk elektrikal dan elektronik (11.6 peratus), makanan, minuman dan tembakau (12.9 peratus), dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.1 peratus).

Pengeluaran sektor perlombongan susut 2.3 peratus, menyusuli penguncupan 2.0 peratus pada April disebabkan indeks minyak mentah yang lebih rendah pada 5.4 peratus, sungguhpun indeks gas asli menokok 1.5 peratus.

Sementara itu, sektor elektrik mengukuh sebanyak 2.5 peratus pada Mei selepas susut 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhhEHi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.