Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isa Samad pemimpin rosak yang diraikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isa Samad pemimpin rosak yang diraikan

Isa Samad pemimpin rosak dalam Umno yang diraikan, kata Dr M
Diyana Ibrahim
Diterbitkan pada 23 Jul 2017 7:00AM 
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Bersatu Selangor di Batang Kali, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 Julai, 2017.

ISA Samad ialah contoh gejala kerosakan dalam Umno hari ini di mana mereka yang ditolak rakyat, tetap diraikan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu mendakwa walaupun Isa membeli hotel di Eropah pada harga berjuta lebih mahal ketika menerajui Felda, beliau dilantik pula mengetuai satu lagi agensi kerajaan, bukannya dihukum.

"Dan kita tahu Isa ini mencuri duit Felda. Tuduhannya dia membeli hotel di Eropah yang lebih tinggi daripada harga pasaran, dan kemudian masuk dalam poket dia.

“Tetapi bila kita tahu Isa buat salah, dia tidak dipecat daripada jawatannya tetapi dipindahkan untuk mengetuai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya ketika berucap di majlis rumah terbuka Bersatu Selangor.

Lembaga disiplin Umno menggantung keahlian Isa selama tiga tahun bermula 24 Jun, 2005 hingga 23 Jun, 2008 kerana didakwa menyalahgunakan dana politik selepas dilantik sebagai naib presiden Umno.

Isa dilantik menjadi pengerusi Felda pada 1 Januari, 2011.

Beliau kemudian dikaitkan dengan beberapa kontroversi menyelubungi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Isa kemudiannya meletak jawatan pengerusi di FGV dan menjawat pengerusi SPAD.

"Orang seperti Isa Samad, beliau merupakan pemimpin Umno yang gunakan banyak duit sebab itu dia kena singkir masa pemilihan Umno dulu kerana rasuah.

 “Sebab itu dia dipilih oleh Najib untuk menguruskan Felda,” katanya.

Dr Mahathir berkata Perdana Menteri Najib Razak tertarik dengan orang seperti Isa dan ini menjadikan Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai negara kleptokratik.

"Ini kerajaan yang dipenuhi dengan penyangak pemimpin atasnya penyangak orang bawahnya turut penyangak dan seluruh dunia menuduh kita negara kleptokratik,” katanya.

Dr Mahathir berkata bila Pakatan Harapan (PH) memegang kuasa pada pilihan raya umum akan datang, cukai barangan dan perkhidmatan akan disingkirkan serta-merta.

Acara rumah terbuka Bersatu itu dihadiri kira-kira 4,000 orang di dewan di Batang Kali, Selangor. Walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik kira-kira 15 minit, orang ramai tetap menunggu dan bersorak ketika Dr Mahathir berucap.

Walaupun Dr Mahathir dalam ucapannya berkata beliau tidak sihat, beliau tetap menyampaikan ucapan dan menyatakan keyakiannya yang PH akan menang pada pilihan raya akan datang.

“Itu sebabnya kami bentuk PH. PH ialah pembentukan empat parti pembangkang dan kami percaya dengan sokongan rakyat, kami boleh menang.

“PH tidak berjuang untuk Pakatan, tetapi kami berjuang untuk rakyat, dan kami tahu bagaimana untuk mengurangkan kesengsaraan rakyat,” katanya.

Pada masa sama beliau menyeru pemimpin Umno untuk mengikut jejak langkahnya menolak kerajaan yang ditadbir Najib.

Beliau juga menjelaskan keputusannya keluar Umno yang disifatkan sudah tersasar daripada perjuangan asal.

"Saya harap tuan puan faham kenapa saya keluar dari Umno sebab Umno bukan Umno lagi, ia dipimpin parti penyangak, orang yang penyangak.

"Ahli Umno patut tiru saya, tiru Muhyiddin Yassin keluarlah daripada pimpinan Umno. Kita tubuh PH untuk betulkan kesalahan Najib dan pulihkan kewangan dan akan bangunkan negara kita semula," katanya. – 23 Julai, 2017.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gU1HRf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.