Hi! Welcome Back and Stay Tune! JAMAL BAWA REPLIKA WAN AZIZAH NAIK MRT DARI KAJANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JAMAL BAWA REPLIKA WAN AZIZAH NAIK MRT DARI KAJANG

KAJANG – Datuk Seri Jamal Md Yunos bersiar-siar menaiki Transit Aliran Massa (MRT) bersama replika imej presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Gimik ketua Umno Sungai Besar dengan rombongannya diadakan di stesen Stadium Kajang, kerusi negeri yang diwakili Wan Azizah, pada 10.45 pagi ini.

Replika itu tertulis: “Terima kasih perdana menteri kerana menyediakan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudahlah Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.”

Ia dianggap sindiran buat wakil rakyat itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara di Sungai Buloh, lapor Malaysiakini.

Gimik Jamal ini juga dipercayai menjawab kritikan PKR terhadap projek MRT yang dianggap mahal dan pembangkang mampu menyediakan kos lebih rendah.

Pada 10 Julai, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mencuit PKR dengan mengumumkan “Langkah Kajang yang sebenar” dalam Twitter.

Beliau mengumumkan perkhidmatan MRT di Kajang, sekali gus menyindir gerakan PKR menjatuhkan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014.

Namun, Anwar gagal menggantikan Khalid apabila tokoh PKR itu hilang kelayakan bertanding apabila dihukum  penjara kerana meliwat.

Dengan memaksa wakil rakyat Kajang yang baru menang pada pilihan raya umum 2013 meletakkan jawatan, kerusi itu kemudian dipertandingkan oleh Wan Azizah.

– Malay Mail

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlvYdI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.