Jamal Yunos, ‘Wan Azizah’ naik MRT untuk ke Penjara Sungai Buloh
Ia selepas pembukaan laluan ke-2 MRT dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Susulan perasmian fasa ke-2 laluan MRT Kajang-Sungai Buloh Isnin lalu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar, secara berseloroh memuat naik ucapan terima kasih kepada perdana menteri kerana memendekkan perjalanan menziarahi ayahnya di Penjara Sungai Buloh.
Nurul dipercayai menjawab kiriman Twitter Datuk Seri Najib Razak sehari sebelumnya.
“Bermula esok, perjalanan untuk melawat kenalan di Sungai Buloh dari Kajang akan menjadi lebih mudah dan selesa! #JomNaikMRT,” katanya.
Wan Azizah merupakan Adun Kajang, manakala Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh.
Jamal, yang juga ketua Umno Sungai Besar, hari ini tiba Stesen MRT Kajang kira-kira jam 10.45 pagi, lengkap berbaju Melayu. Beliau dan penyokongnya sampai di Stesen Sungai Buloh sejam kemudian.
“Jom kita pergi melawat suami tercinta di rumah Sungai Buloh ye,” kata salah seorang penyokong. -FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLHuhE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment