Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jiwa kental Hanis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jiwa kental Hanis

Siapa sangka, di sebalik wajah jelita pelakon Tunku Hanis ini, dia sebenarnya memiliki identiti yang berani dan tegas.

Kini, Hanis sibuk menjalani latihan untuk ditauliahkan sebagai leftenan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

“Sebelum ini, saya pernah menjalani penggambaran untuk drama bersiri 52 episod, Gempur Wira. Dari situ, saya tertarik menjalani latihan ketenteraan dan ditawarkan untuk turut serta.

“Memang saya menjalani latihan sebenar sebagai tentera dan kini latihan masih berlangsung sebelum ditauliahkan. Satu pengalaman baru buat saya,” katanya.

Hanis juga berkongsi pengalaman menariknya sepanjang latihan berlangsung.

“Penggambaran di Kem Perdana Sungai Besi hanya mengambil masa sekitar tiga minggu, namun latihan untuk ditauliahkan memakan masa lebih lama.

“Saya menetap di kem dan melakukan semua aktiviti yang dilakukan tentera antaranya masuk hutan, memanjat tembok dan memikul beban,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya lakonan, Tunku Hanis yang sudah 10 tahun bergelar anak seni mengakui namanya tidak sehebat pelakon lain.

“Walaupun nama tidak sepopular pelakon lain, saya sentiasa bersyukur kerana tawaran berlakon tidak pernah putus.

“Selain lakonan, saya juga sibuk dengan perniagaan produk menguruskan badan,

Nona Manis yang diperkenalkan sejak empat bulan lalu,” katanya.

Pelakon berusia 27 tahun ini juga meletakkan Neelofa dan Rozita Che Wan sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.

“Mereka menjadi antara inspirasi dan semangat saya dalam menguruskan perniagaan. Apa yang boleh saya katakan, Neelofa, contohnya sangat bijak berniaga walaupun masih muda.

“Selain itu, saya banyak meluangkan masa dengan kawan-kawan yang boleh menjadi motivasi untuk berjaya. Itu penting kerana mereka akan sentiasa mengingatkan kita untuk berusaha,” katanya.

Terbaru, Hanis kini menjalani penggambaran drama bersiri Vila Ghazara.

“Drama 40 episod ini memaparkan kisah kekeluargaan. Dalam Vila Ghazara, saya memegang peranan sebagai Sofea, isteri dan ibu yang sangat jahat.

“Selain saya, antara pelakon lain yang terbabit adalah Shukri Yahaya, Azira Shafinaz dan Aidil Aziz,” katanya.

The post Jiwa kental Hanis appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNIlPl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.