Kanak-Kanak Perempuan Berusia 2 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Didera Kerana Mengalami Pendarahan Otak Akibat Hentakan Objek Tumpul..
IPOH: Seorang budak perempuan berusia dua tahun dari Kuala Bikam di Bidor maut disyaki akibat didera lapor mStar.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi, Rabu ketika dibawa ke Hospital Teluk Intan.
"Hasil bedah siasat mendapati dia meninggal dunia kerana pendarahan otak kerana hentakan objek tumpul.
"Polis menahan ibu kanak-kanak perempuan itu dan teman lelakinya pada Khamis," katanya pada Jumaat.
Beliau berkata, suspek akan direman untuk tempoh seminggu.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh , yang membawa hukuman mati mandatori, jika bersabit kesalahan.
-Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vK1ItB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment