Kapal Pengangkut China Didakwa Ceroboh Perairan Taiwan
TAIPEI: Kapal pengangkut pesawat milik China, Liaoning didakwa memasuki zon pertahanan udara Taiwan, awal pagi tadi, ketika dalam perjalanan pulang dari Hong Kong.
Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Taiwan, berkata pihaknya sedang memantau keadaan dan tiada sebab rakyat berasa cemas berhubung perkara itu.
"Kapal Liaoning dilaporkan berlepas dari Hong Kong pada tengah hari semalam, sebelum memasuki zon pertahanan Taiwan ketika melalui bahagian barat Selat Taiwan.
"Kami sedang memantau keadaan, tidak mengesan perkara yang luar biasa dan orang ramai tidak perlu cemas," kata jurucakap Kementerian Pertahanan.
Liaoning, kapal pengangkut pesawat pertama milik China berada di Hong Kong sempena sambutan ulang tahun ke-20 penyerahan tanah jajahan Britain itu kepada Beijing. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vb4zvg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment