Kedah bergelut sebelum menang
KEDAH terpaksa bergelut sebelum menang 2-0 ke atas pasukan jiran, Pulau Pinang pada perlawanan ke-17 Liga Super 2017 di Stadium Negeri Batu Kawan, sebentar tadi.
Sebelum itu, Pulau Pinang berjaya memberi saingan terutama pada separuh masa pertama malah menafikan beberapa percubaan berbahaya pelawat.
Gol yang diburu oleh Hijau Kuning akhirnya muncul menerusi Ken Ilso Larsen pada minit ke-61 selepas menampan masuk bola muntah yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Amirul Asyraff Mohd Suhaidi.
Jaringan itu berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Sandro Da Silva dari jarak 30 meter.
Kedah terus selesa apabila pemain gantian, Baddrol Bakhtiar menjarakkan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-73 selepas berjaya menguis masuk hantaran Ken Ilso.
Kemenangan itu menyaksikan Kedah terus kekal di tangga kedua Liga Super dengan 31 mata manakala JDT terus gah sebagai pendahulu liga selepas menewaskan T-Team 6-1.
The post Kedah bergelut sebelum menang appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eF1CjX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment