“Keputusan tentang bin anak luar nikah selari dengan Islam” – Sisters of Islam
Keputusan Mahkamah Rayuan bahawa anak luar nikah boleh didaftarkan dengan berbinkan bapanya adalah selari dengan Islam, kata Sisters of Islam (SIS).
Bukan itu sahaja, NGO hak asasi wanita itu juga berkata ia juga sebenarnya selari dengan semangat keadilan Islam dan prinsip maqasid syariah.
“Al-Quran dalam surah al-Ahzab 33:5 menyebut ‘Panggillah anak-anak angkat itu dengan nama bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.’
“Walaupun ini difahami merujuk kepada anak angkat, tidak mustahil semangat ayat itu dipanjangkan untuk mengiktiraf bapa kandung kanak-kanak luar nikah,” katanya dalam kenyataan.
Keputusan itu juga, kata IS, untuk kepentingan terbaik kanak-kanak yang selari dengan ajaran Islam dan hak asasi manusia.
Dalam satu keputusan penting, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa anak luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapa, dan fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.
Sumber: MK
Sumber “Keputusan tentang bin anak luar nikah selari dengan Islam” – Sisters of Islam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vc8sUS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment