Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana cemburu, dua suami serang isteri masing-masing hingga cedera di Kuching - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana cemburu, dua suami serang isteri masing-masing hingga cedera di Kuching

KUCHING: Dua kes serangan melibatkan dua kes rumah tangga berbeza menyebabkan dua wanita cedera di bandar raya ini pada Jumaat lalu

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kes pertama dilaporkan pada jam 10 malam, Khamis lalu oleh seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mangsa telah membuat laporan bahawa dia telah diserang di kawasan letak kereta rumah emaknya di Tabuan Laru oleh suaminya sendiri, dengan menggunakan senjata tajam.

“Akibat serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan luka dan kesan calar pada bahagian badan, tangan dan kaki.

“Mangsa juga terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan telah menerima rawatan lanjut.

Kata Abang Ahmad, pengadu dan suami tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang baran dan sering bertindak ganas.

“Ketika kejadian, suspek yang bekerja sebagai tukang masak dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya.

Kes kedua kata Abang Ahmad, melibatkan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pelayan kedai makan.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mangsa sedang bekerja di kedai makan di Pusat Komersial Demak Laut apabila suaminya menghampiri dan terus menyiku dada sebelah kiri mangsa sebelum menarik bahunya hingga tersungkur ke lantai.

“Akibat tindakan itu, mangsa mengalami sakit pada bahagian dada manakala seluarnya terkoyak.

“Sebelum beredar, suspek bertindak menunjukkan isyarat bunuh ( dengan tangan memotong leher ), menyebabkan mangsa ketakutan dan membuat laporan polis.

Kata Abang Ahmad, berdasarkan siasatan awal, pihaknya yakin kejadian berpunca daripada perasaan cemburu, dengan suspek mengesyaki pengadu ada hubungan dengan lelaki lain.

“Pengadu telah dirujuk ke HUS untuk pemeriksaan doktor manakala suspek telah diberkas oleh sepasukan anggota polis Cawangan D9, IPD Kuching.

“Lelaki berusia 36 tahun, yang bekerja sebagai pemandu lori itu kini disiasat di
di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Suspek dibawa ke Mahkamah Kuching pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1Wo6s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.