Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia Tiba Di Makkah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kumpulan Pertama Jemaah Malaysia Tiba Di Makkah



MAKKAH: Kumpulan pertama 278 jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 5 pagi Ahad waktu Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, pada 8 pagi Ahad waktu tempatan (1 petang Ahad waktu Malaysia).

Kesemua jemaah berkenaan kemudian menaiki empat buah bas, dan tiba di maktab penginapan 74 dan 75 pada 2 petang Ahad waktu tempatan (7 malam Ahad waktu Malaysia) di Hotel Abraj AlJanadriyah di sini, yang turut menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah.

Ketibaan rombongan jemaah itu, disambut Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin, pengurusan tertinggi TH Makkah serta wakil pengendali jemaah haji di Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara dan petugas TH.

Mereka disambut dengan alunan nasyid dan diberikan air zam zam.

Rombongan jemaah itu tiba dengan berihram dan dijadual melaksanakan umrah pada sebelah malam, Ahad.

Penerbangan kedua membawa 420 jemaah haji dari KLIA akan tiba di Makkah, pada malam Ahad.

Dalam pada itu, kumpulan awal jemaah haji Malaysia yang berlepas dari KLIA dan tiba di Madinah pada 24 Julai lepas, dijadual bergerak ke Tanah Suci Makkah pada 2 atau 3 Ogos ini.

Keseluruhan sebanyak 112 pe nerbangan membawa 30,200 bakal haji akan bertolak secara berperingkat, sama ada ke Madinah atau Makkah, dengan penerbangan terakhir musim haji kali ini pada 26 Ogos.

Sementara itu, TH mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat memohon kelancaran perjalanan operasi haji pada tahun ini, di Ibu Pejabat TH Makkah, Sabtu malam.

Majlis itu yang turut dihadiri Nurrin Anuwar, juga memohon supaya kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan pengeluaran visa di tanah air dapat diatasi. - Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hflZVD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.