Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Lamborghini Terbang' di Persiaran Teknologi Subang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Lamborghini Terbang' di Persiaran Teknologi Subang


SUBANG JAYA: Sebuah Lamborghini rosak teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Jalan Persiaran Teknologi Subang, dekat sini.

Kereta itu yang dilandu seorang lelaki dipercayai terbabas dan melanggar sebuah kereta lain ketika hendak membelok ke Persiaran Teknologi Subang jam 5.13 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata selepas mengelak dari melanggar bahagian belakang PERODUA Myvi itu, pemandunya hilang kawalan menyebabkan kenderaannya 'terbang' ke atas pembahagi jalan sebelum melanggar sebuah PROTON Persona yang berhenti di lampu isyarat.

"Kejadian mengakibatkan Lamborghini itu rosak teruk manakala dua lagi kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamaludin berkata, pihaknya tidak dapat memastikan mengenai kecederaan pemandu Lamborghini itu kerana difahamkan tiada laporan dibuat setakat ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kemalangan. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tg4Qik

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.