Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki langgar kereta polis berjaya ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki langgar kereta polis berjaya ditahan

KLANG - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak melanggar kereta pasukan keselanatan itu dalam usaha meloloskan diri daripada ditahan di Taman Selat Selatan, Pelabuhan Klang di sini, malam semalam.

Suspek berusia 29 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes Benz C200 dipercayai kereta curi itu berjaya ditahan sepasukan anggota polis yang mengekorinya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tembakan dilepaskan di Lorong Selat Selatan 7 pada pukul 12.05 tengah malam.

Katanya, siasatan awal mendapati, sepasukan anggota dari Balai Polis Klang dan Balai Polis Pandamaran telah mengekori kereta jenis Mercedes Benz C200 yang dinaiki suspek dari simpang empat Jalan Banting menghala ke kawasan Pandamaran kira-kira pukul 9.50 malam.

"Apabila tiba di Lorong Selat Selatan 7, Taman Selat Selatan, Pelabuhan Klang, kereta itu berhenti sebelum pemandunya mengundurkan kenderaan tersebut.

"Pasukan serbuan turun dari kereta dinaiki dan memperkenalkan diri sebagai polis kepada pemandu terbabit dan secara tiba-tiba kereta itu terus melanggar kereta dinaiki anggota, menyebabkan polis melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri.

"Suspek turut melanggar pagar sebuah rumah di laluan itu dalam usaha meloloskan diri tetapi berjaya ditahan pasukan serbuan," katanya.

Alzafny berkata, berdasarkan rekod, suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampu membabitkan pelbagai kesalahan manakala kereta mewah dipandunya dilaporkan hilang di Klang. - K! ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uwfl2X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.