Lelaki rogol dan bunuh Intan Suraya minta maaf
Seorang lelaki yang dituduh merogol dan membunuh mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.
Tarmizi Yaakob dituduh merogol Intan Suraya Mawardi,17, sebelum membunuhnya di kediaman mangsa di Teluk Kumbar pada 25 Oktober 2015.
Ketika di kamar perbicaraan, Tarmizi sambil menangis dan memohon maaf kepada keluarga mangsa yang duduk di barisan depan galeri awam.
“Tolong beritahu ibu bapanya saya minta maaf. Saya sangat menyesal,” ujar Tarmizi.
Tarmizi, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis.
Situasi itu mengejutkan pendakwa dan peguambela, S.Yagoo yang meminta supaya mahkamah mempertimbangkan semula rayuan tersebut.
Beliau juga memohon supaya Tarmizi, yang telah disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Mei lalu, juga kerana kesalahan merogol pada tahun 2015, agar menjalani penilaian psikiatri.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Tarmizi menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan.
Sumber: MStar
Sumber Lelaki rogol dan bunuh Intan Suraya minta maaf
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vHhbus
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment