Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas ini, mungkin hanya kanak-kanak yang sudah divaksin saja dibenarkan daftar ke tadika – Menteri Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas ini, mungkin hanya kanak-kanak yang sudah divaksin saja dibenarkan daftar ke tadika – Menteri Kesihatan

Kerajaan sedang mengkaji untuk membenarkan hanya kanak-kanak yang divaksin penuh sahaja mendaftar untuk belajar ke tadika, seperti mana yang diamalkan di Australia.

 

 

Lepas ini, mungkin hanya kanak-kanak yang sudah divaksin saja dibenarkan daftar ke tadika - Menteri Kesihatan

Lepas ini, mungkin hanya kanak-kanak yang sudah divaksin saja dibenarkan daftar ke tadika – Menteri Kesihatan

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata keputusan mengenainya akan dibuat selepas menerima maklum balas dari segi penerimaan rakyat.

Katanya, pendirian kementerian ketika ini adalah lebih wajar perkara itu dilakukan menerusi pendekatan pendidikan, bimbingan dan kaunseling.

“Kaedah yang kita sedang kaji ini diamalkan di Australia di mana apabila seseorang murid mahu didaftarkan di tadika, ia mewajibkan kanak-kanak supaya divaksin sepenuhnya terlebih dulu.

“Ia bukan mahu mendiskriminasi kanak-kanak yang tidak divaksin, tetapi sebagai langkah perlindungan kepada kanak-kanak lain. Ini adalah antara kaedah yang kita sedang kaji yang sudah dilaksanakan di satu, dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan mahu mengenakan tindakan lebih tegas kepada pihak yang enggan memberi imunisasi kepada anak mereka, di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, bilangan pihak yang menolak imunisasi kepada anak mereka pada tahun 2016 ialah seramai 1,603 kes, meningkat berbanding 1,541 pada 2015.

Sumber: Berita Harian



Sumber Lepas ini, mungkin hanya kanak-kanak yang sudah divaksin saja dibenarkan daftar ke tadika – Menteri Kesihatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHFM4N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.