Hi! Welcome Back and Stay Tune! MANA NAJIB NAK DAPAT RM1.588 BILION BAYAR INSENTIF FELDA, SOAL MUHYIDDIN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MANA NAJIB NAK DAPAT RM1.588 BILION BAYAR INSENTIF FELDA, SOAL MUHYIDDIN

WARGA Felda memerlukan penyelesaian menyeluruh terhadap masalah mereka, dan bukannya insentif bersifat “one-off” sebelum pilihan raya, kata Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Bekas timbalan perdana menteri yang kini merupakan tokoh utama dalam pakatan pembangkang menegaskan yang walaupun insentif itu boleh meringankan beban peneroka buat sementara waktu, masalah kelewatan bayaran hasil sawit serta kemerosotan pendapatan bulan masih lagi menjadi beban peneroka.

“Pemberian insentif yang bersifat ‘one-off’ sebelum menjelang pilihan raya umum bukanlah penyelesaian yang sebenar. Insentif yang diterima boleh meringankan beban mereka buat sementara waktu. Namun, dengan masalah kelewatan bayaran hasil sawit masih berterusan dan pendapatan bulanan masih merosot, peneroka akan kembali terbeban dengan pelbagai masalah,” katanya.

Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengumumkan enam insentif kepada peneroka Felda berjumlah RM1.586 bilion. Antaranya melibatkan insentif khas sebanyak RM475 juta, pelupusan sebahagian baki pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berjumlah RM519 juta dan geran khas penanaman semula sebanyak RM166 juta.

Namun, insentif itu yang disifatkan sebagai“gula-gula” menerima kritikan hebat peneroka kerana ia tidak menyelesaikan masalah.

Muhyiddin juga mendakwa penyelesaian menyeluruh masalah peneroka hanya boleh dilakukan sekiranya Felda dipulihkan.

“Penyelesaian menyeluruh hanya boleh dibuat sekiranya Felda berjaya dipulihkan. Kita tahu Felda menanggung kerugian akibat ketiadaan tadbir urus yang baik yang menyebabkan keputusan pelaburan yang dibuat merugikan Felda.

“Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang dikatakan akan memberikan keuntungan kepada Felda, akhirnya menyebabkan Felda menanggung kerugian tidak nyata sebanyak RM1.2 bilion akibat nilai pegangan sahamnya di dalam FGV yang merudum. Ini tidak termasuk pelbagai bentuk penyelewengan yang berlaku di dalam Felda menerusi transaksi tidak munasabah termasuk pembelian hartanah di luar negara yang melebihi harga pasaran,” katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan sumber insentif terbaru itu yang “kemungkinan besarnya bukanlah keuntungan yang diperoleh Felda”.

“Insentif berjumlah RM1.588 bilion yang diumumkan oleh Najib kemungkinan besarnya bukanlah bersumberkan keuntungan yang diperoleh Felda, maka saya ingin bertanya kepada Najib daripada sumber manakah wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.

Kemelut Felda dan FGV mencapai kemuncaknya apabila syarikat perladangan terbesar negara itu mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakaria Arshad dan tiga pegawai kanan lain “bercuti serta merta” atas dakwaan wujudnya salah tadbir dalam salah satu anak syarikatnya.

Zakaria kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang keputusan beliau sering dibatalkan dan FGV terlibat dalam urus niaga yang “tidak masuk akal”.

Susulan kemelut itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dan Putrajaya pula melantik Idris Jala sebagai orang tengah mencari penyelesaian kemelut kepimpinan itu.

Selain FGV, SPRM juga memulakan siasatan ke atas pembelian hartanah yang dilakukan Felda Investment Corporation (FIC) di London.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tP1JzT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.