Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Ada RM5.8 Bilion 'Wang Tak Dituntut' Belum Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Ada RM5.8 Bilion 'Wang Tak Dituntut' Belum Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara


Disebalik 'keghiarahan' orang ramai kini menyerbu pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntu di Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah, rupanya setakat 30 Jun lalu, masih ada sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut yang belum dituntut.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz di mana menurut beliau wang berkenaan datang daripada lebih 55 juta rekod akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak dari tahun 1977.

"Sebanyak 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di Semenanjung Malaysia, Sarawak (7) dan di Sabah (4) manakala sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya."

"Individu yang terbabit perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter WTD untuk membuat semakan dan menuntut wang mereka," katanya.

Beliau mendedahkan perkara ini di Parlimen selepas menjawab soalan tambahan dari Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Othaman berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.

"Dalam tempoh itu, wang berkenaan akan diurus mengikut tata cara kewangan yang berkuat kuasa," katanya.

WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan Akta Wang Tak Dituntut 1965. 

Sumber: Siakapkeli.my


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZ4Baa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.